Monday, June 15, 2026

DGP: Transformasi Kepada Pekerja Produktif & Cemerlang (KaySan)


Apa itu Kerja?

1. Usaha yg bertujuan utk menghasilkan ssuatu.
2. Ssuatu yg diusahakan utk mencari nafkah.
3. Segala tugas aau urusan yg diamanahkan.

Budaya TOKSIK di tempat Kerja.

1. Malas
2. Bertangguh
3. Mungkir janji / Alasan
4. Gosip (membawang)
5. Dengki / Cemburu
6. Budaya jaga tepi kain orang lain
7. Ponteng kerja
8. Cuti sakit (ambil mc tapi pergi tengok wayang, benda2 tak sepatutnya)

M - Matlamat kabur
A - Asik berseronok, kena pandai balancekan borak dgn colleague and buat kerja. jgn leka.
L - Lambatkan kerja
A - Acuh tak acuh, tak peduli perkembangan diri sendiri
S - Suka berangan

Do what is RIGHT, not what is EASY
Pegang cermin untuk tengok kekurangan diri sendiri, bukan kanta pembesar untuk tengok kesalahan orang lain. Dengki pada orang yg perform supaya kita ada azam untuk buat lebih baik.

Ciri-ciri staf yang Cemerlang

1. Tepati masa = dari segi kehadiran, meeting, appointment. If meeting, datang awal, prepare awal.
2. Bersungguh = dari segi penjagaan waktu, manfaatkan apa yg diamanahkan dan apa yg diberikan. Perlu betul2 manfaatkan masa.
3. Sentiasa bertenaga = sentiasa buat ssuatu yg produktif.
4. Sentiasa bersikap positif = lihat hikmah diatas setiap benda yg berlaku.
5. Sentiasa bersemangat = tak bermaksud perlu buat 5-6 kerja sekaligus. Tapi bersemangat dalam apa yg kita diamanahkan.
6. Body language yang baik
7. Boleh terima tunjukajar / nasihat = ada masa yg di tunjukajar tak ok, kita ambil apa yg baik.
8. Sentiasa bersedia memberi lebih / Be prepared.
9. Etika bekerja yang kuat = cth tau pukul berapa nak buat apa. Tau apa komitmen dia.

Kena enjoy apa yang kita buat. Kerja ni satu IBADAH dan ada ganjaran dia. Kita dapat kuasa kepakaran.

Pengurusan Diri Semasa Bekerja

Perlu tau how to GET THINGS DONE!

"Otak berfungsi lebih baik memproses maklumat daripada menyimpan maklumat" - David Allen.

GTD = Simpan sekejap > Jelaskan apa yg disimpan > Susun > Semak balik > Bertindak.
So kita bukan simpan je. Kita simpan dan proses.

1. Simpan = jangan simpan dalam minda. Buat senarai dekat diari, buku, komputer dsb.
2. Jelas = labelkan mana prioriti, mana yg perlu delegate/wakil, mana ada tarikh. And if kompleks, senararikan keperluan atau langkah utk bagi mudah.
3. Susun = susun semula ikut prioriti yg dijelaskan tadi. Bila susun, kita dapat plan and nampak apa yg kita boleh buat sekarang atau akan datang
4. Semak = semak balik dah selesai ke belum, ikut plan ke tak.
5. Bertindak = kita nampak apa yg kita boleh lakukan. Merangkumi semua.

Boss nak apa? VS Kita rasa boss nak apa?

Kita
- sentiasa minta boss selesaikan
- minta idea / usul dari boss
- boss nak harini
- minta boss senaraikan nak apa

Boss
- boss sbnarnya nak staf yg selesaikan
- boss nak staff beri usul/idea. cth if bgtau boss ada problem, then apa plan/tindakan lain? jgn problem je.
- boss nak "semalam" sebenarnya. if boss dah tanya, boss nak benda tu cepat.
- boss nak tengok apa senarai plan kita. if boss nampak, baru tau apa yg kita sedang jalankan. nampak beban tgh dekat mana, apa progressing.

Realiti & Fantasi: Bonus & Kenaikan Gaji/Pangkat

Fantasi
- sentiasa dapat.
- pati dan semua dapat.

Realiti
- bergantung kepada pencapaian & kewangan syarikat.
- bergantung polisi HR dan org chart
- bergantung kepada pencapaian individu.

6 Tips Memperkasakan Diri

1. Set goal
2. Tambah ilmu
3. Cabar diri
4. Ambil peluang
5. Rumus dan capai penyelesaian secara sepakat
6. Set & sepakat jangkamasa selesai aduan

No comments:

Post a Comment

Komen atau sebarang pertanyaan di sini :)

DGP: The Art of Influencing People

 "To have a positive influence on somone's life is a blessing" There are 2 basic ways of influencing people: 1. Rewards = as ...